PROGRAM CORPORATE SOCIAL INITIATIVES (CSI) INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN) – UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

PROGRAM CORPORATE SOCIAL INITIATIVES (CSI) INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN) – UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Program Corporate Social Initiatives (CSI) Institut Jantung Negara (IJN) – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merupakan program saringan kesihatan percuma yang dianjurkan oleh IJN dengan Kerjasama UniMAP sebagai salah satu program tanggungjawab sosial melibatkan penyertaan komuniti negeri Perlis terutama warga UniMAP, pesakit jantung dan penduduk sekitar negeri Perlis. Program ini diadakan pada 26 Ogos 2023, bertempat di Dewan Kecemerlangan Kampus Alam Unimap , Pauh Putra, Arau, Perlis.

Program CSI IJN ini diadakan adalah bagi mewujudkan kesedaran tentang keadaan kesihatan dan keperluan perubatan seseorang dengan menyediakan pemeriksaan Kesihatan percuma sambil memberikan bimbingan dan nasihat untuk menjalani gaya hidup sihat Justeru itu UniMAP selaku penganjur bersama dan tuan rumah akan memberikan komitmen dan sokongan yang tinggi dalam usaha menjayakan program ini.

Program ini diadakan bertujuan:

  1. Memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan jantung kepada pesakit yangmempunyai masalah dan tanda tanda awal penyakit jantung.
  2. Memberi kesedaran dan maklumat terkini tentang keadaan kesihatan dan keperluan perubatan seseorang melalui pemeriksaan saringan Kesihatan percuma.
  3. Memberi bimbingan dan nasihat penjagaan kesihatan yang baik dan berkualiti serta panduan menjalani gaya hidup sihat.

Program ini mensasarkan Kumpulan:

  1. Individu yang mempunyai masalah kesihatan
  2. Individu yang mempunyai tanda tanda awal dan menghidapi masalah jantung
  3. Jemputan penyertaan dari:
  4. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) (Staf dan Pelajar)
  5. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Imam, Amil, Asnaf)
  • Pesakit yang dari rujukan Hospital Tuanku Fauziah dan Hospital Sultanah Bahiyah
  1. Penduduk Setempat
  2. Pelajar Pelajar Sekolah dan IPT

Bilangan Kumpulan Sasar: 300 orang

66676869737071

 

Aktiviti Berkaitan