PROGRAM SUARA DARI LEMBAH HARAPAN

PROGRAM SUARA DARI LEMBAH HARAPAN

Program Suara Dari Lembah Harapan adalah penganjuran oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), melibatkan 150 orang penghuni muda lelaki dan perempuan berumur 26 tahun ke bawah dari institusi Jabatan Penjara Malaysia Program ini bertujuan mengetengahkan bakat dan hasil karya penghuni Penjara Malaysia seperti deklamasi sajak, puisi, bacaan naskhah dan persembahan teater.

Program diadakan pada 15 Ogos 2023, bertempat di Dewan Kecemerlangan, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Arau, Perlis.

Objektif Program:

  1. Mendidik jiwa penghuni penjara daripada bersifat mazmumah kepada bersifat mahmudah menerusi penghayatan terhadap sastera dan pemupukan tabiat minat membaca.
  2. Medium aktiviti yang berkaitan sebagai salah satu platform kesedaran terhadap pemulihan dalam diri seseorang banduan tahanan penghuni untuk kembali kepada masyarakat.
  3. Memupuk kecintaan kepada bahasa dan sastera menerusi Pertandingan Deklamasi Puisi, Lagu Puisi dan Teater Pendek.

Kumpulan Sasaran:

  1. Penghuni dari Jabatan Penjara Malaysia
  2. Jemputan pelajar dari:
  3. Universiti Malaysia Perlis
  4. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
  • Kolej Komuniti Arau
  1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM Arau)
  2. Universiti Teknologi Mara (UiTM Arau)

Sasaran Bilangan Peserta: 500 orang

606162

                                    6465

 

 

Aktiviti Berkaitan