Projek Tanaman Cendawan Menggunakan Sistem Kelembapan Optimum

Projek tanaman cendawan menggunakan sistem kelembapan optimum merupakan projek komuniti di bawah Program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) 2020 Negeri Perlis yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) dan Third Rolling Plan (RP3) bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat. Projek ini dianjurkan oleh Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti (CEICnet) UniMAP dengan kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

FAKULTI / PTj:
Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti, CEICnet

NAMA PROGRAM:
Projek Tanaman Cendawan Menggunakan Sistem Kelembapan Optimum

TARIKH:
22 Februari 2021 - 21 Februari 2026

PERNYATAAN MASALAH:
Dasar Makanan Negara 2011-2020, yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, menunjukkan bahawa prospek dan masa depan cendawan sangat tinggi disebabkan permintaan ke atas cendawan segar dan diproses semakin meningkat dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Permintaan cendawan di kalangan rakyat Malaysia amat menggalakkan dengan data menunjukkan bahawa permintaan per kapita cendawan adalah 2.4 kilograms pada tahun 2020. Selain itu, unjuran pengeluaran cendawan di Malaysia dari tahun 2010 sehingga 2020 terus meningkat dan anggaran unjuran pada tahun 2020 sebanyak 67,000 tan metrik cendawan dengan nilai eksport dianggarkan meningkat kepada RM300 juta. Walaubagaimanapun, sektor cendawan mengalami masalah pengeluaran hasil yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan pemintaan pasaran yang semakin meningkat terutama di kawasan Utara Semenanjung Malaysia.

OBJEKTIF:
Projek tanaman cendawan menggunakan sistem kelembapan optimum merupakan projek komuniti di bawah Program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) 2020 Negeri Perlis yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) dan Third Rolling Plan (RP3) bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat berpaksikan objektif utama iaitu:
1. Peningkatan pendapatan dan kuasa membeli golongan B40
2. Mencipta peluang pekerjaan
3. Menggalakkan aktiviti keusahawanan
4. Meningkatkan produktiviti

KOMUNITI (JUMLAH):
4 Bumiputera di Negeri Perlis

LOKASI:
1. Kampung Wang Besar, Bintong, Kangar
2. Kampung Syed Omar, Bintong
3. Kampung Chuping Titi Besi, Mata Ayer
4. Kampung Kok Klang, Chuping
5. Kampung Padang Siding, Arau

LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)

Agensi Kerajaan:
1. Jabatan Pertanian Negeri Perlis
2. Fama Negeri Perlis

Industri:
1. Lesong Mart Sdn Bhd
2. Oblong Burger Seleraku Trading Sdn Bhd"

TEMA:
Ekonomi

SDGs:
SDG 1

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
Lima (5) bahagian utama KTP akan dilaksanakan dalam projek ini seperti:
1. Penanaman Cendawan
2. Pengurusan Kewangan
3. Pemasaran Digital
4. Pembungkusan & Pelabelan
5. Pembangunan Insan

IMPAK:
1. Mewujudkan Peluang Pekerjaan
2. Peningkatan Pendapatan dan Tahap Sosio-Ekonomi
3. Meningkatkan Kesejahteraan Komuniti
4. Jaminan Pengekalan Alam Sekitar
5. Kelangsungan Kelestarian Industri
6. Jaminan Pengeluaran Pertanian Berprestasi Tinggi
7. Kepelbagaian Sumber Makanan

JUMLAH DANA:
RM1,746,140.00

AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)

 

u2 u3 u4
u5 u6 u7
     

 

 

 

Aktiviti Berkaitan