Seberang Ramai Lestari

Kampung Seberang Ramai merupakan kawasan setinggan nelayan yang kurang membangun serta mempunyai isu kebersihan dan keceriaan. Hal ini kerana, kurangnya kesedaran komuniti terutama pelajar sekolah dan remaja berkaitan isu ini. Bagi menyokong pelan kerajaan untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi, projek ini diharapkan dapat mengubah landskap yang lebih kondusif, ceria dan bersih serta mewujudkan kesedaran dalam kalangan komuniti setempat seiring untuk menjadikan kawasan ini satu produk pelancongan baharu di Negeri Perlis. Oleh itu, sebuah program yang dinamakan Seberang Ramai Lestari telah dijalankan oleh Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti, CEICnet dengan kerjasama pelbagai agensi.

FAKULTI / PTj:
Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti, CEICnet

NAMA PROGRAM:
Seberang Ramai Lestari

TARIKH:
Disember 2020 - Disember 2022

PERNYATAAN MASALAH:
Kampung Seberang Ramai merupakan kawasan setinggan nelayan yang kurang membangun serta mempunyai isu kebersihan dan keceriaan. Hal ini kerana, kurangnya kesedaran komuniti terutama pelajar sekolah dan remaja berkaitan isu ini. Bagi menyokong pelan kerajaan untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi, projek ini diharapkan dapat mengubah landskap yang lebih kondusif, ceria dan bersih serta mewujudkan kesedaran dalam kalangan komuniti setempat seiring untuk menjadikan kawasan ini satu produk pelancongan baharu di Negeri Perlis.

OBJEKTIF:
Tujuan projek ini dilaksanakan untuk merapatkan jurang perbezaan sosio ekonomi yang ketara, sifar risiko kemalangan industri, sifar penyakit dan wabak akibat pencemaran dengan pemindahan ilmu yang praktikal daripada pihak pelaksana program kepada penduduk Seberang Ramai khasnya pelajar sekolah dan remaja.

KOMUNITI (JUMLAH):
1. Pelajar Sekolah Rendah
2. Pelajar Sekolah Menengah
3. Remaja

LOKASI:
Seberang Ramai, Kuala Perlis

LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
1. MAIPs
2. MARITIM
3. LKIM
4. Pusat Kesihatan Kuala Perlis
5. KEMAS
6. TNB
7. JPS
8. Indah Water
9. Polis
10. SAP

TEMA:
Alam Sekitar
Terdapat enam (6) intervensi iaitu kaedah-kaedah intervensi mekanikal, elektrik dan elektronik, kimia, biologi atau alam sekitar, psikososial dan ergonomik bagi mengatasi isu-isu yang dihadapi oleh penduduk Seberang Ramai.

SDGs:
SDG 3

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:

 

IMPAK:
Impak utama projek ini adalah untuk meningkatkan indeks kesejahteraan komuniti di Seberang Ramai merangkumi:
1. Penurunan peratus kemalangan atau bencana.
2. Penurunan peratus masalah kesihatan.
3. Penurunan peratus keciciran akademik.

JUMLAH DANA:
RM 22,100.00 (Menunggu kelulusan peruntukan daripada MAIPs)

AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
MAIPS (Menunggu kelulusan peruntukan)

 

 

a2 a3 a4
 b5  b6