Image

LAPORAN

SEMINAR INSTITUSI RAJA (SIRaj VII)

ADAT ISTIADAT MELAYU

 

TARIKH :

9 MEI 2024 (KHAMIS)

 

TEMPAT :

BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KUALA LUMPUR

 

ANJURAN BERSAMA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

 

DENGAN KERJASAMA

DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM (DMDI)

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs)

 

   1.0      LATAR BELAKANG

Institusi Raja adalah tonggak tamadun Bangsa Melayu dan Malaysia yang telah diakui oleh negara luar sejak dahulu sehingga kini. Malah, Institusi Raja merupakan simbol perpaduan Negara melalui Raja Berperlembagaan dalam Perlembagaan Negara. Ini bermakna Institusi Raja dalam sistem pentadbiran negara adalah sah dan diakui oleh perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri. Ia merupakan institusi penting dalam pentadbiran sesebuah negara.

Justeru, usaha seperti Seminar Institusi Raja diadakan untuk memberi pemahaman kepada rakyat Malaysia secara umum untuk menghormati dan melahirkan rasa sayang terhadap Institusi Raja. Dengan memberi penghayatan yang betul diharapkan seminar ini dapat memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan Institusi Raja di Malaysia yang menjadi tonggak utama kepada rakyat Malaysia.

 2.0     OBJEKTIF PROGRAM

Berikut merupakan objektif program ini dilaksanakan :

  • Memperkukuh pemahaman tentang peranan, kedudukan dan sumbangan Institusi Raja agar rakya akan terus mendokong dan mendaulatkan Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia.
  • Membincangkan peranan institusi Raja dalam konteks moden, termasuk hubungannya dengan kerajaan, politik, dan masyarakat dalam mengekalkan kestabilan politik dan keselamatan negara.

 3.0     TEMA

Adat Istiadat Melayu

Adat Istiadat Melayu merujuk kepada kumpulan nilai-nilai, norma-norma, tradisi, dan tatacara yang dipegang oleh masyarakat Melayu. Adat istiadat ini mencerminkan identiti dan budaya masyarakat Melayu yang tersebar luas di kawasan Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan wilayah-wilayah lain di sekitarnya.

Adat Istiadat Melayu merupakan suatu warisan budaya yang kaya dan beraneka ragam. Meskipun terdapat perubahan dalam masyarakat moden, banyak dari nilai-nilai ini masih dihormati dan dipegang teguh oleh masyarakat Melayu.

Peranan Adat Istiadat Melayu terhadap Institusi Raja sangatlah penting dan melibatkan beberapa aspek utama. Ini termasuk legitimasi, kestabilan, pemeliharaan warisan budaya, dan pembentukan identiti kebangsaan. Melalui aspek pengutkuasaan undang-undang, Adat istiadat Melayu menyediakan kerangka dan panduan yang kaya dengan simbolisme dan ritual untuk pengangkatan dan pertabalan raja. Ini memainkan peranan penting dalam memberikan legitimasi kepada penguasa dan mendukung tuntutan terhadap tahta.

Adat Istiadat Melayu mencakup simbolisme yang kaya, seperti pakaian tradisional, lambang-lambang kerajaan, dan upacara kenegaraan. Hal ini membantu memperkuat wibawa raja dan menciptakan citra yang dihormati di mata masyarakat. Hal ini berkait secara tidak langsung peranan terhadap pemeliharaan tradisi dan budaya yang telah diwarisi tradisi sejak dahulu. Ini merangkumi bahasa, pakaian tradisional, tarian, seni dan kraf, serta nilai-nilai etika yang menjadi ciri khas masyarakat Melayu.

Beberapa Adat Istiadat Melayu juga mengandungi nilai-nilai keadilan dan penjagaan keseimbangan dalam sistem pemerintahan. Raja dianggap sebagai pemimpin yang adil dan bijaksana yang harus menjaga kepentingan rakyatnya. Ini merangkumi peranan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan harmoni. Raja dianggap sebagai pelindung agama dan penerus yang harus memastikan penegakan nilai-nilai agama dalam pemerintahan.

Adat Istiadat Melayu dapat berperanan dalam menjaga kestabilan politik dan sosial dengan menawarkan kerangka kehidupan berkomuniti yang teratur dan diatur. Upacara-upacara adat dan tradisi membantu mempertahankan perpaduan masyarakat. Malahan peranan ini berupaya menyatupadukan masyarakat bagi membentuk identiti kebangsaan. Institusi raja, sebagai bahagian dari warisan budaya, membantu membentuk dan memperkuat negara.

Dengan demikian, Adat Istiadat Melayu tidak hanya memberikan struktur dan makna bagi Institusi Raja, tetapi juga membantu memelihara dan mewujudkan keberlanjutan institusi tersebut dalam konteks budaya dan sejarah masyarakat Melayu.

4.0     ATUR CARA PROGRAM

Image

SEMINAR INSTITUSI RAJA (SIRaj VII)

Adat Istiadat Melayu

9 MEI 2024 (KHAMIS), BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

2.00 petang - Ketibaan Tetamu Jemputan

2.30 petang - Ketibaan Dif Kehormat

2.40 petang - Ketibaan YB Menteri Pendidikan Malaysia

2.50 petang - Ketibaan YB Menteri Pendidikan Tinggi

3.00 petang - Keberangkatan Tiba DYTM Tuanku Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda                                  Perlis merangkap Pro Canselor UniMAP

                       - Lagu Dirgahayu Tuanku

                       - Persembahan Overture

                       - Bacaan Doa

                       - Ucapan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia

                       - Ucapan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi

                       - Titah DYTM Tuanku Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP

                       - Simbolik Perasmian SIRaj VII

                      - Pengurniaan Hadiah

                      - Persembahan Cendera Kenangan

                      - Forum Seminar Institusi Raja 2024 (SIRaj VII): Adat Istiadat Melayu

                     - DYTM Tuanku Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro                                  Canselor UniMAP berangkat meninggalkan majlis

                      - Lagu Dirgahayu Tuanku

                      - Santapan / Jamuan

                     - Keberangkatan Balik DYTM Tuanku Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda                                  Perlis merangkap Pro Canselor UniMAP

6.00 petang - Majlis Bersurai

Pakaian :

Lelaki - Baju Kebangsaan + Bersamping + Bersongkok

Wanita - Baju Kurung

5.0     FORUM ADAT ISTIADAT MELAYU

FORUM

Panel I: YBhg. Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

 

Panel II: YB. Tuan Wong Kah Woh

Timbalan Menteri Pendidikan

 

Panel III: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sivamurugan a/l Pandian

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM

 

Panel IV: YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Ab Aziz

Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM

 

Moderator: Encik Amin bin Idris

6.0     KESIMPULAN

Dengan penganjuran SIRaj VII diharapkan rakyat akan dapat memahami tentang kepentingan dan peranan Institusi Raja di Malaysia bagi memperkukuhkan dan memartabatkan Institusi Raja seperti dalam perlembagaan negara.

SEMINAR INSTITUSI RAJA (SIRaj VI)

Image
Image

Banner SIRaj VII

Image
Image

Buku Program SIRaj VI

Image

Digital Backdrop SIRaj VI

GAMBAR MAJLIS PERASMIAN SEMINAR INSTITUSI RAJA (SIRaj VII)