KERANGKA UniMAP for Society

Bagi memastikan universiti memainkan peranan dalam membangunkan komuniti, UniMAP telah meluluskan Prosedur Operasi Standard (SOP) Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) yang akan menjadi panduan utama dalam pelaksanaan projek untuk memanfaatkan ahli komuniti. Antara tanggungjawab yang telah digariskan kepada warga UniMAP dalam menjayakan program USR, iaitu:
01
Menyumbang kepakaran melalui Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programme – KTP) dengan memberi khidmat kepada komuniti dengan lebih berkesan serta berimpak tinggi bagi mewujudkan kesejahteraan komuniti.
02
Melibatkan diri dan mewujudkan jalinan universiti dengan organisasi luar – Agensi/Industri demi kebaikan dan kesejahteraan komuniti.
03
Menyediakan platform kepada kakitangan dan pelajar untuk mengamalkan profesionalisme dan kepimpinan melalui kerja berpasukan dan pembelajaran antara-profesional serta penyediaan perkhidmatan kepada komuniti.
Setiap program USR yang bakal dilaksanakan memberi penekanan elemen KTP. KTP merujuk kepada aktiviti pemindahan ilmu (pengetahuan atau kemahiran) dari universiti kepada pihak komuniti bagi membantu pembangunan dan pengupayaan komuniti seterusnya komuniti menerima manfaat sepenuhnya dan mampu untuk melaksanakan program/projek tersebut secara berterusan. Malah KTP juga mampu mendokong pelbagai aktiviti yang saling menguntungkan di antara universiti dan komuniti. Antara impak yang dijangkakan setelah USR dilaksanakan adalah:
01
Menghasilkan output demi memperkasakan komuniti IAITU mengembangkan nilai-nilai kemanusiaan serta kesejagatan ke arah keharmonian, kesejahteraan dan juga kelestarian masyarakat khususnya golongan terkebawah.
02
Relevan dan meningkatkan sosio-ekonomi dan kesejahteraan hidup masyarakat dalam mentransformasikan masyarakat.
03
Kerjasama strategik - penglibatan dan kerjasama erat antara pihak akademia, komuniti dan organisasi luar-agensi kerajaan/ industri.
04
Proses perpindahan ilmu dua hala melibatkan kepakaran, pembelajaran dan kemahiran antara kakitangan, pelajar dan sasaran komuniti.
05
Pengekalan Program USR (Sustainability)
Image