PROGRAM TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION TRAINING (TVET) IPT FOR SOCIETY@KELUARGA MALAYSIA (UNiTY)

Selaras dengan tema Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi tahun 2022, iaitu “Memperhebat Strategi, Melonjak Kecemerlangan”, terdapat tujuh (7) strategi utama yang telah digariskan bagi tahun 2022. Salah satu fokus strategi di bawah strategi utama ini adalah strategi kelima iaitu Memacu Kesejahteraan Komuniti. YB Menteri Pengajian Tinggi telah mengumumkan program IPT for Society@Keluarga Malaysia atau UNiTY semasa Majlis Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi pada 17 Januari 2022. UNiTY adalah program yang memberi fokus kepada bidang kepakaran atau tujahan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk dimanfaatkan oleh masyarakat setempat berdasarkan kepada pendekatan inovasi sosial di kawasan lokaliti IPT masing-masing.

Program UNiTY juga selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Pendidikan Tinggi (PT) 2015-2025 seperti berikut:

  1. Lonjakan ke-tujuh iaitu Ekosistem Inovasi; dan
  2. Lonjakan ke-sepuluh iaitu Transformasi Penyampaian Pendidikan Tinggi.

Program UNiTY akan dilaksanakan dalam pelbagai penyediaan perkhidmatan dan bantuan yang bersifat kebajikan dan kemasyarakatan dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah KPT dan IPT yang disampaikan terus kepada rakyat. Program TVET UNiTY dilaksanakan bertujuan untuk berkongsi dan memindahkan teknologi dan pengetahuan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan berdasarkan bidang TVET. Selain itu, keterlihatan program ini sangat penting bagi hebahan dan promosi kekuatan IPT menerusi perkhidmatan yang disediakan berdasarkan kepakaran untuk manfaat masyarakat.

Program TVET UNiTY pada tahun 2023 dilaksanakan di:

  1. Parit Sulong, Johor
  2. Balik Pulau, Pulau Pinang
  3. Padang Besar, Arau dan Kangar, Perlis
  4. Kulim, Baling, Jitra, Asun danTunjang, Kedah

Program ini meliputi aktiviti:

  1. Menservis dan membaiki kenderaan ringan
  2. Pemasangan solar
  3. Membaik pulih alatan kawalan, sistem pembumian dan pendawaian elektrik rumah
  4. Penyelenggaraan sistem penghawa dingin dan sistem pendawaian elektrik masjid/surau
  5. Knowledge Transfer Program (KTP) UNiTY

Picture1   MENSERVIS DAN MEMBAIKI KENDERAAN RINGAN

Picture2   PEMASANGAN SOLAR

Picture7  MEMBAIK PULIH ALATAN DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

Picture15  PENYELENGGARAAN SISTEM DI MASJID

Picture31  KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAM (KTP) UNiTY