International STEM & Innovation Virtual Colloquia Series (ISICS)
Pengenalan
International STEM & Innovation Virtual Colloquia Series (ISICS) merujuk kepada siri ceramah oleh saintis dan teknologis terkemuka dalam bidang Sains-Teknologi-Kejuruteraan-Matematik (STEM) yang dianjurkan oleh UniMAP. Acara ini diadakan secara dalam talian di mana setiap siri kolokium akan menampilkan seorang penceramah untuk berkongsi kepakarannya dalam bidang masing-masing.
Sejumlah 4 siri ceramah telah dirancang melibatkan penceramah dari seantero dunia iaitu Professor Dr. Farouk El-Baz (Director, Centre for Remote Sensing, College of Engineering Boston University, USA), Professor Dr. Carl Edwin Wieman (Nobel Prize in Physics 2001, Graduate School of Education Stanford University, USA), Professor Dr. William Daniel Phillips (Nobel Prize in Physics 1997, National Institute of Standards and Technology (NIST) USA) dan Dr. Hashima Hasan (NASA Program Scientist, James Webb Telescope (JWST), NASA).
Layari laman web ISICS untuk maklumat lanjut.