Pi Memorization Competition
- Program Pi Memorization Competition adalah satu program pertandingan menghafal nombor Pi yang dianjurkan oleh Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) Fakulti Sains Gunaan & Kemanusiaan (FSGM) UniMAP.
- Program ini adalah cetusan idea oleh Dr. Mohamad Nazri Abdul Halif dan beliau mula mempromosikan pertandingan ini semenjak tahun 2015 di sekolah melalui siri ceramah beliau The Beauty of Physics and Mathematics.
- Program ini adalah satu pertandingan Matematik yang memerlukan peserta untuk menghafal sebanyak mungkin nombor Pi dengan masa hafalan direkodkan.
- Program Pi Memorization Competition ini adalah program pertama yang dijalankan di Malaysia yang melibatkan penglibatan pelajar-pelajar sekolah dan UniMAP merupakan perintis kepada pertandingan ini di Malaysia.
- Program ini telah dianjurkan sebanyak dua kali peringkat Perlis iaitu masing-masing pada tahun 2018 dan 2019.
- Untuk penganjuran tahun 2019, kategori pertandingan diperluaskan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dalam menghafal nombor-nombor Pi, sqrt(2) dan exponent (e), serta cabaran 100 digit Pi.
- Peserta yang mampu menghafal minimum 20 digit nombor Pi akan disenaraikan dalam laman web Pi World Ranking List: https://www.pi-world-ranking-list.com
- Melalui penganjuran ini serta beberapa lagi penganjuran lain di beberapa negeri yang turut menggunakan konsep pertandingan yang sama di UniMAP, Malaysia telah menjadi negara yang paling ramai individu tersenarai dalam Pi World Ranking List.