LAPORAN
SEMINAR INSTITUSI RAJA (SIRaj VI)
SISTEM BERAJA: ANTARA REALITI DENGAN HARAPAN
TARIKH :
24 OKTOBER 2019 (KHAMIS)
TEMPAT :
BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR
ANJURAN BERSAMA
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
DENGAN KERJASAMA
YAYASAN UniMAP
KERAJAAN NEGERI PERLIS
KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF
YAYASAN TUANKU SYED PUTRA PERLIS (YTSP)
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs)
MALAYSIAN INDUSTRIAL DEVELOPMENT FINANCE BERHAD (MIDF)
1.0 LATAR BELAKANG
Penganjuran program ini bertujuan memberi pemahaman kepada rakyat Malaysia secara umum untuk menghormati dan melahirkan rasa sayang terhadap Institusi Raja. Dengan memberi penghayatan yang betul diharapkan seminar ini dapat memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan Institusi Raja di Malaysia.
Justeru, penganjuran bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam Seminar Institusi Raja (SIRaj VI) dapat memberi pengetahuan, memperkukuh dan memperkasakan pemahaman rakyat terhadap sistem beraja dalam negara Malaysia. Kedudukannya yang telah termeteri dalam perlembagaan negara dan negeri akan menjadi lebih bermakna jika rakyat Malaysia sayang dan menghormati Institusi Raja sebagai satu kekuatan tamadun negara dan bangsa Malaysia.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
Berikut merupakan objektif program ini dilaksanakan :
2.1 Memberi kefahaman yang jelas dan relevan serta membekalkan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat tentang peranan, kedudukan dan sumbangan Institusi Raja agar rakyat akan terus mendokong dan mendaulatkan Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negeri-negeri dan negara Malaysia.
2.2 Menyebarkan ilmu pengetahuan mengenai Institusi Raja melalui penerbitan akademik dan separa akademik bagi melestarikan kepentingan Institusi Raja di Malaysia.
2.3 Menjalinkan kerjasama dengan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), jabatan kerajaan and agensi-agensi swasta bagi memperkukuhkan kewibawaan Institusi Raja Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa.
3.0 ATUR CARA PROGRAM
SEMINAR INSTITUSI RAJA (SIRaj VI)
Sistem Beraja: Antara Realiti dengan Harapan
24 OKTOBER 2019 (KHAMIS), BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR DBP
9.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
9.20 pagi : Ketibaan YBhg. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan Isteri
: Ketibaan YBhg. Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis dan Isteri
9.25 pagi : Ketibaan YBhg. Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan isteri
: Ketibaan YBhg. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Isteri
9.30 pagi : Ketibaan Dif-dif Kehormat
9.40 pagi : Ketibaan YAB Menteri Besar Perlis dan Isteri
: Ketibaan YB Menteri Pendidikan Malaysia dan Isteri
9.50 pagi : Keberangkatan Tiba DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis
10.00 pagi : Keberangkatan Tiba DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis
: Lagu Negeri Perlis, WAWASANKU dan Lagu Dewan Bahasa
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
: Ucapan oleh YBhg. Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis
: Penyempurnaan Titah Perasmian oleh DYMM Tuanku Raja Perlis
: Pelancaran Buku “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”
10.30 pagi : Ucaptama oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor “Kemudi DiRaja Bahtera MAIPs: Menjunjung Syiar, Memaju Ummah”
11.00 pagi : Forum Sistem Beraja: Antara Realiti dengan Harapan
12.00 tgh hari : Persembahan Cenderamata
: Lagu Negeri Perlis
12.30 tgh hari : Majlis Santapan Tengah Hari
1.30 tgh hari : Keberangkatan Balik DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis
: Keberangkatan Balik DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis
: YB Menteri Pendidikan Malaysia dan Isteri Meninggalkan Majlis
: YAB Menteri Besar Perlis dan Isteri Meninggalkan Majlis
: Bersurai
Pakaian : Baju Kebangsaan
4.0 FORUM SISTEM BERAJA: ANTARA REALITI DENGAN HARAPAN
UCAPTAMA:
YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
FORUM
Panel I: YBhg. S.S. Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Mufti Negeri Perlis
Panel II: YB. Tuan Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Panel III: YB. Dato' Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Panel IV: Encik Jufitri Joha
Moderator: Tuan Hj. Nazri bin Kahar
5.0 PENERBITAN “CHAPTER IN BOOK”
Buku “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” adalah terbitan bersama Penerbit UniMAP dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
7.0 KESIMPULAN
Dengan penganjuran SIRaj VI diharapkan rakyat akan dapat memahami tentang kepentingan dan peranan Institusi Raja dalam memperkukuhkan dan memartabatkan Institusi Raja di Malaysia.
SEMINAR INSTITUSI RAJA (SIRaj VI)
Banner SIRaj VI
Buku Program SIRaj VI
Poster SIRaj VI
Penerbitan Chapter in Book
GAMBAR MAJLIS PERASMIAN SEMINAR INSTITUSI RAJA (SIRaj VI)