Projek Komuniti Tertumpu UniMAP for Society@Kangar

Projek Komuniti Tertumpu UniMAP for Society@Kangar

Dataran Kampung Wai adalah satu kawasan pelancongan yang semakin terkenal di Negeri Perlis oleh kerana lokasinya yang menarik dengan keindahan kawasan jajaran tali air yang cantik. Kawasan ini menjadi tarikan pelancong bagi aktiviti perkhemahan, aktiviti memancing, berkelah, menaiki bot ronda dan berkayak. Bagi penduduk dan pengusaha aktiviti air di kawasan tersebut, aktiviti yang disediakan oleh pihak mereka dapat membantu menaikkan taraf ekonomi serta keluarga. Kedatangan pengunjung juga semakin bertambah saban hari.Komuniti yang terlibat adalah Kelab Ekopelancongan dan Rekreasi Perlis yang dianggarkan seramai 150 - 200 orang ahli. Fokus projek adalah:

  1. Membangunkan kemudahan asas bagi menampung aktiviti pelancongan di tapak sedia ada.
  2. Memantapkan promosi lokaliti dan rekreasi sedia ada dengan mengekalkan keindahan lokaliti terbabit.
  3. Meningkatkan penjanaan ekonomi untuk kawasan sekitar dengan penglibatan komuniti setempat.

Pelaksanaan projek ini mendapat dana daripada UniMAP sebanyak RM10,000.00 bagi tempoh selama dua (2) tahun yang dilaksanakan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia (FKTK), Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam (FKTA) dan Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE).

 

                 Picture40           Picture42

 

                                                                               Picture43

Aktiviti Berkaitan