PROGRAM SUMMER CAMP 2023

PROGRAM SUMMER CAMP 2023

Program Summer Camp 2023: “Menjana Jurutera Glokal”, merupakan penganjuran kali kedua dan penganjuran kali pertama pada tahun 2019.

Program ini diadakan pada 1-4 Mac 2023, bertempat di UniMAP.

Justifikasi Program:

  1. Program ini dapat memberi kemahiran praktikal atau hands on kepada pelajar untuk terlibat secara langsung dalam bidang robotik.
  2. Penglibatan tenaga pengajar akademik dan bukan akademik daripada UniMAP yang berkemahiran dengan memberi latihan kepada pelajar yang berminat dalam industri robotik.
  3. Disamping itu, UniMAP juga berperanan sebagai pusat penggerak dan menggalakkan pelajar menceburi bidang berteknologi tinggi dalam kejuruteraan.

Objektif Program:

  1. Memupuk minat pelajar yang berkebolehan kreatif, inovasi dan untuk menyelesaikan masalah;
  2. Memberi pendedahan dan minat pelajar untuk menguasai bidang Matematik, Sains, Teknologi, Komputer, Seni dan Bahasa;
  3. Menyemai semangat berpasukan, meningkatkan kebolehan berkomunikasi dan mengasah bakat kepimpinan;
  4. Berkongsi kepakaran staf UniMAP dengan memberi tunjuk ajar, latihan dan motivasi kepada pelajar yang berkualiti dan berdaya saing di samping membangunkan potensi kreatif individu.

Bilangan penyertaan:

  1. Jumlah sekolah : 28 buah sekolah seluruh Negeri Perlis
  2. Jumlah pelajar : 143 orang pelajar Tingkatan 3
  3. Pelajar Lelaki : 58 orang pelajar
  4. Pelajar Perempuan : 85 orang pelajar
  5. Pembahagian kumpulan : 16 kumpulan (8 atau 9 orang setiap kumpulan)

Sekretariat:

  1. Institut Kajian Strategik & Komuniti (IKSK
  2. Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE)
  3. Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (PFI2)
  4. Jabatan Keselamatan (JKes)
  5. Jabatan Pembangunan (JP)
  6. Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Pelajar (P3P)
  7. Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
  8. Pusat Kesihatan UniMAP (PKU)
  9. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
  10. Kelab Sukarelawan UniMAP (UVoC)

Konsep pertandingan:

Robotik Tradisional: inovasi dan kreativiti daripada permainan tradisional tuju tin

Dengan kerjasama:

          1. Kerajaan Negeri Perlis: peruntukan dana sebanyak RM36,370.00 

           2. Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. 

  

Picture1

57

                                          56

 

Aktiviti Berkaitan