PEMENTASAN TEATER KARYA SASTERAWAN NEGARA
Sasterawan Negara Noordin Hassan telah menghasilkan karya yang ternama seperti Bukan Lalang Ditiup Angin, Peran, 1400, Jangan Bunuh Rama-rama, Cindai, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Demi Zaiton dan Sarah. Karya beliau mengenengahkan isu-isu yang berlaku dalam masyarakat dan kepelbagaian budaya Malaysia berteraskan tradisi alam Melayu.
Justeru itu, UniMAP selaku penganjur dan tuan rumah mengambil inisiatif dengan membawa karya Sasterawan Negara yang bertajuk “PINTU” dalam karya “Bukan Lalang Ditiup Angin” ke pentas UniMAP agar warga kampus bersama-sama menghayati dan mengambil pengajaran yang terdapat di dalam karya Sasterawan Negara kita. Komitmen dan usaha ini dijayakan bersama dengan bantuan dan khidmat nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Program telah diadakan pada 20 Nov 2023, bertempat di Pentas Utama FESTKON, Boulevard Canselori, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau, Perlis.
Program ini diadakan bertujuan:
- Membawa karya Sasterawan Negara ke dalam UniMAP sebagai eleman tambahan kepelbagaian budaya Negara.
- Pementasan teater sebagai pelipur lara, menambah wawasan dan pengetahuan, nilai estetika yang dapat dinikmati dalam sosial yang dapat membina kerjasama dan memupuk persaudaraan antara individu bagaimana kita bermasyarakat.
Program ini mensasarkan kumpulan:
- Warga UniMAP (Pelajar dan Staf)
- Pengunjung Festival Konvokesyen UniMAP