Projek Komuniti Tertumpu UniMAP for Society@Padang Besar
Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh adalah salah satu Kawasan pelancongan yang terkenal di negeri Perlis oleh kerana lokasinya yang berada di tasik utama di Perlis, iaitu Tasik Timah Tasoh. Kawasan ini menjadi tarikan pelancong bagi aktiviti perkhemahan, memancing, berkelah, menaiki bot ronda dan berkayak. Terdapat juga aktiviti berkeluarga yang lain, seperti memberi makan ikan dalam sangkar di kawasan kolam tepian tasik. Bagi penduduk dan pengusaha santuari, aktiviti yang disediakan oleh mereka dapat membantu menaik taraf ekonomi diri serta keluarga di kawasan tersebut. Aktiviti menangkap ikan dI Tasik Timah Tasoh dijual kepada pengunjung sama ada dalam bentuk ikan segar atau telah diolah menjadi produk lain seperti pekasam ikan.
Komuniti yang terlibat adalah Persatuan Nelayan Darat Timah Tasoh, Perlis yang dianggarkan seramai 250 orang ahli. Fokus projek adalah:
- Membangunkan keperluan penting di Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh sebagai Lokasi tumpuan pelancong.
- Melaksanakan pemindahan ilmu berkaitan promosi melalui media sosial dan pengurusan keperluan pelancongan.
- Menarik lebih ramai kemasukan pelancong ke Negeri Perlis.
Pelaksanaan projek ini mendapat dana daripada UniMAP sebanyak RM10,000.00 bagi tempoh selama dua (2) tahun yang dilaksanakan oleh Fakulti Perniagaan & Komunikasi (FPK), Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik (FKTEN) dan Institut Agroteknologi Lestari (INSAT).