Projek Komuniti Tertumpu UniMAP for Society@Arau

Projek Komuniti Tertumpu UniMAP for Society@Arau

Projek ini berkonsepkan proses pemindahan ilmu daripada Fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj) terpilih kepada komuniti berfokus dengan mengintegrasikan ilmu bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti sejara berterusan. Projek ini dilaksanakan sebagai usaha dan tanggungjawab Universiti untuk membantu, membangun dan mentransformasi komuniti dengan mengenal pasti beberapa Lokasi yang sesuai untuk dibangunkan sebagai salah satu pusat tarikan pelancongan. Menerusi beberapa perbincangan dengan komuniti setempat berkenaan projek Pembangunan pusat rekreasi berasaskan air dan perniagaan berasaskan produk setempat di Kampung Che Ok. Komuniti yang terlibat adalah Kawasan Rukun Tetangga, Kampung Che Ok yang dianggarkan seramai 1,200 orang ahli. Fokus projek adalah:

  1. Membangunkan kemudahan yang sesuai untuk aktiviti pelancongan di Kampung Che Ok sebagai satu intensif Pembangunan ekonomi kampung.
  2. Memindahkan ilmu berkenaan pengurusan kemudahan pelancongan dan promosi berterusan melalui teknologi digital.
  3. Memindahkan ilmu pengurusan perniagaan dan pengurusan kewangan kepada penduduk melalui penggunaan teknologi digital.

Pelaksanaan projek ini mendapat dana daripada UniMAP sebanyak RM10,000.00 bagi tempoh selama dua (2) tahun yang dilaksanakan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal (FKTM), Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTA) dan Institut Matematik Kejuruteraan (IMK).

 

 

                   Picture44             Picture45

 

                                                                                    Picture47

Aktiviti Berkaitan