Program Suara Kita : Digital Economy, Enhancing The Wealth, Productivity & Quality of Life

Program Suara Kita : 'Digital Economy, Enhancing The Wealth, Productivity & Quality of Life' telah dijayakan oleh Pusat Perhubungan Alumni UniMAP dengan kerjasama kumpulan syarikat KRU bagi mengatasi masalah kadar kebolehpasaran graduan universiti terutama dalam situasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia kini. Kesukaran memperolehi pekerjaan pada masa kini membuka peluang kepada alumni-alumni untuk menjadi 'Job Creator' dengan menguasai ilmu digital ekonomi yang sedang membangun. Justeru, program ini diharap dapat memberi input kepada alumni dan pelajar mengenai situasi pandemik yang melanda seluruh dunia dan langkah-langkah serta cabaran yang perlu dipersiapkan oleh setiap alumni dan bakal graduan dalam menghadapinya. Juga memberi perkongsian dan pengetahuan tentang keperluan dan kepentingan mendalami ilmu digital ekonomi. Program ini juga membuka peluang kepada alumni yang berhasrat dan berminat menceburi bidang penyiaran untuk mencuba peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pihak KRU.

FAKULTI / PTj:
Pusat Perhubungan Alumni

NAMA PROGRAM:
Program Suara Kita : 'Digital Economy, Enhancing The Wealth, Productivity & Quality of Life'

TARIKH:
5 Februari 2021

PERNYATAAN MASALAH:
1. Situasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memberi implikasi terhadap kadar kebolehpasaran graduan universiti.
2. Kesukaran memperolehi pekerjaan pada masa kini membuka peluang kepada alumni-alumni untuk menjadi 'Job Creator' dengan menguasai ilmu digital ekonomi yang sedang membangun.

OBJEKTIF:
1. Memberi input kepada alumni dan pelajar mengenai situasi pandemik yang melanda seluruh dunia dan langkah-langkah serta cabaran yang perlu dipersiapkan oleh setiap alumni dan bakal graduan dalam menghadapinya.
2. Memberi perkongsian dan pengetahuan tentang keperluan dan kepentingan mendalami ilmu digital ekonomi.
3. Membuka peluang kepada alumni yang berhasrat dan berminat menceburi bidang penyiaran untuk mencuba peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pihak KRU.

KOMUNITI (JUMLAH):
80 orang

LOKASI:
Kuala Perlis

LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
Kumpulan Syarikat KRU

TEMA:
1. Pendidikan
2. Ekonomi

SDGs:
SDG 4 & SDG 8

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
Ilmu mengenai Digital Economy serta peluang yang boleh diambil oleh alumni dan pelajar dalam mengharungi situasi pandemik ini.

IMPAK:
1. Mendedahkan alumni dan pelajar tentang kepentingan untuk kuasai bidang ilmu digital ekonomi.
2. Membuka minda pelajar dalam mempersiapkan diri untuk menjadi 'job creator' selepas graduan kelak.

JUMLAH DANA:
1. RM1,071.90 (Enterprise)
2. RM1,200.00
Jumlah : RM2,271.90

AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
1.SUK RM300
2.Farmasi Delima RM100
3. Yang Berhormat RM200
Jumlah: RM600

 

 

a2 a3 a4
     
     

 

 

 

Aktiviti Berkaitan