Pesona Tuba
Pulau Tuba di Pulau Langkawi adalah sebuah pulau terpencil yang kaya dengan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna serta destinasi eko pelancongan yang terletak 5 km barat daya dari Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Pulau Tuba berpotensi menjadi destinasi pelancongan setaraf dengan Pulau Langkawi. Namun, promosi berkaitan Pulau Tuba kurang mendapat perhatian pelancong. Kurangnya pengetahuan dan kemahiran komuniti untuk mempromosikan Pulau Tuba sebagai destinasi pelancongan. Tiada platform untuk mempromosikan Pulau Tuba. Justeru, Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti, CEICnet telah menganjurkan program Pesona Tuba dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Kedah.
FAKULTI / PTj:
Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti, CEICnet
NAMA PROGRAM:
Pesona Tuba
TARIKH:
Mac 2020 - Nov 2021
PERNYATAAN MASALAH:
Pulau Tuba di Pulau Langkawi adalah sebuah pulau terpencil yang kaya dengan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna serta destinasi eko pelancongan yang terletak 5 km barat daya dari Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Pulau Tuba berpotensi menjadi destinasi pelancongan setaraf dengan Pulau Langkawi. Namun, promosi berkaitan Pulau Tuba kurang mendapat perhatian pelancong. Kurangnya pengetahuan dan kemahiran komuniti untuk mempromosikan Pulau Tuba sebagai destinasi pelancongan. Tiada platform untuk mempromosikan Pulau Tuba.
OBJEKTIF:
1. Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa asing menerusi penggunaan teknologi yang membolehkan proses komunikasi di antara komuniti dengan pelancong dengan lebih efektif.
2. Memberi pendedahan dan kemahiran dalam penggunaan teknik pemasaran digital termasuk teknik fotografi dan teknik penghasilan video secara digital menerusi medium media sosial.
KOMUNITI (JUMLAH):
Persatuan Pelancongan Pulau Tuba
LOKASI:
Pulau Tuba, Langkawi
LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Kedah
TEMA:
Ekonomi
SDGs:
SDG 1
KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
1. Projek Keusahawanan Digital
- Memberi pendedahan iaitu pengetahuan dan kemahiran penggunaan Teknik pemasaran digital melalui platform media sosial.
2. Projek Digital Language E-Manual
- Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris menerusi penggunaan Tuba Smart Application bagi membolehkan proses komunikasi di antara komuniti, pemandu pelancong dengan pelancong menjadi lebih efektif.
IMPAK:
1. Peningkatan 20% - 30% pendapatan sampingan isi rumah.
2. Mewujudkan peluang pekerjaan baru - pemandu pelancong
JUMLAH DANA:
RM37,500.00
AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
Geran U4S, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)