Program Kenali Penyakit Anda
Permasalahan komuniti terutama golongan warga emas mengalami kesukaran untuk mendapatkan makluman berkaitan permasalahan kesihatan termasuk penyakit-penyakit kronik juga pandemik COVID-19. Atas keprihatinan ini, Pusat Kesihatan UniMAP dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis - Banner Kesihatan telah menganjurkan program Kenali Penyakit Anda. Ia bertujuan memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran, selain membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain. Semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi juga ingin dipupuk. Akhirnya, amalan gaya hidup yang sihat dan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan merupakan antara objektif program ini dilaksanakan. Ia telah dilaksanakan di Masjid Muhammad di Sungai Adam, Jejawi, Perlis.
FAKULTI / PTj:
Pusat Kesihatan UniMAP
NAMA PROGRAM:
Program Kenali Penyakit Anda
TARIKH:
10 April 2021
PERNYATAAN MASALAH:
Permasalahan komuniti terutama golongan warga emas mengalami kesukaran untuk mendapatkan makluman berkaitan permasalahan kesihatan termasuk penyakit-penyakit kronik juga pandemik COVID-19.
OBJEKTIF:
1. Memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran.
2. Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain.
3. Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.
4. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan.
KOMUNITI (JUMLAH):
92 orang
LOKASI:
Masjid Muhammad di Sungai Adam, Jejawi, Perlis
LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis - Banner Kesihatan
TEMA:
1. Pendidikan
2. Kesihatan
SDGs:
SDG 3 & SDG 4
KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
1. Mendedahkan cara pemakanan seimbang.
2. Mendedahkan cara untuk mengetahui tekanan darah dan paras gula.
IMPAK:
Seramai 14 orang komuniti dirujuk dan diberikan taklimat berkenaan permasalahan kesihatan dan akan dilakukan pantau lanjut status kesihatan pada fasa kedua program.
JUMLAH DANA:
1. RM1,071.90 (Enterprise)
2. RM1,200.00 (Sebut Harga)
Jumlah : RM2,271.90
AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
1.SUK RM300
2.Farmasi Delima RM100
3.Yang Berhormat RM200
Jumlah : RM600