Alat kawalan burung merpati

FAKULTI / PTj:
RK 84 (Rekabentuk Produk), FTKM

NAMA PROGRAM:
Alat kawalan burung merpati

TARIKH:
1 Ogos 2020- 1 April 2021

PERNYATAAN MASALAH:
Merpati liar telah dipercayai menghuni bangunan kediaman pelajar di Simpang Empat selama hampir 10 tahun dengan bertenggek di tepi tingkap dan balkoni, bersarang dan mendiami loteng dan silingsiling bangunan tersebut. Sebagai burung residen, mereka selalunya tidak berpindah kemana-mana dan tinggal di satu kawasan sahaja sekiranya mempunyai akses kepada keperluan mereka iaitu air, makanan dan tempat tinggal. Kebanyakan siling di loteng telah didapati berkulat dengan teruk berikutan burung merpati mampu menghasilkan najis yang banyak dalam satu-satu masa sekaligus dan menimbulkan bau yang tidak disenangi. Selain itu, merpati di bangunan kolej kediaman Simpang Ampat juga menyebabkan penghuni bangunan berasa tidak selesa dan bersih.

OBJEKTIF:
Merekabentuk Alat untuk Menghalau Merpati Liar Tanpa Memudaratkan Penghuni Kediaman

KOMUNITI (JUMLAH):
2 Kompleks Perumahan (3000 penghuni)

LOKASI:
1. Kompleks perumahan UniMAP, Simpang Empat, Perlis
2. Kompleks Perumahan UniMAP, Kangar, Perlis

LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
1.PERHILITAN.
2. Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniMAP

TEMA:
1. Pendidikan
2. Alam Sekitar
3. Kesihatan

SDGs:
SDG 3, SDG 4 & SDG 15

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
Kaedah mengenalpasti ancaman dan sumber kemalangan dan risiko kesihatan

IMPAK:
1. Mewujudkan persekitaran yang selamat, selesa dan bersih untuk penghuni banggunan.
2. Meningkatkan kualiti hidup dengan mengurangkan stress akibat ancaman burung merpati.
3. Penyelsaian berbentuk semulajadi yang tidak mengakibatkan kepupusan hidupan liar dan pencemaran alam sekitar.

JUMLAH DANA:
RM525,713.00

AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
Yayasan Petronas

 

     
     
     

 

 

 

Aktiviti Berkaitan