Program Suara Kita : Digital Economy, Enhancing The Wealth, Productivity & Quality of Life

Program Suara Kita : 'Digital Economy, Enhancing The Wealth, Productivity & Quality of Life' telah dijayakan oleh Pusat Perhubungan Alumni UniMAP dengan kerjasama kumpulan syarikat KRU bagi mengatasi masalah kadar kebolehpasaran graduan universiti terutama dalam situasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia kini. Kesukaran memperolehi pekerjaan pada masa kini membuka peluang kepada alumni-alumni untuk menjadi 'Job Creator' dengan menguasai ilmu digital ekonomi yang sedang membangun. Justeru, program ini diharap dapat memberi input kepada alumni dan pelajar mengenai situasi pandemik yang melanda seluruh dunia dan langkah-langkah serta cabaran yang perlu dipersiapkan oleh setiap alumni dan bakal graduan dalam menghadapinya. Juga memberi perkongsian dan pengetahuan tentang keperluan dan kepentingan mendalami ilmu digital ekonomi. Program ini juga membuka peluang kepada alumni yang berhasrat dan berminat menceburi bidang penyiaran untuk mencuba peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pihak KRU.

FAKULTI / PTj:
Pusat Perhubungan Alumni

NAMA PROGRAM:
Program Suara Kita : 'Digital Economy, Enhancing The Wealth, Productivity & Quality of Life'

TARIKH:
5 Februari 2021

PERNYATAAN MASALAH:
1. Situasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memberi implikasi terhadap kadar kebolehpasaran graduan universiti.
2. Kesukaran memperolehi pekerjaan pada masa kini membuka peluang kepada alumni-alumni untuk menjadi 'Job Creator' dengan menguasai ilmu digital ekonomi yang sedang membangun.

OBJEKTIF:
1. Memberi input kepada alumni dan pelajar mengenai situasi pandemik yang melanda seluruh dunia dan langkah-langkah serta cabaran yang perlu dipersiapkan oleh setiap alumni dan bakal graduan dalam menghadapinya.
2. Memberi perkongsian dan pengetahuan tentang keperluan dan kepentingan mendalami ilmu digital ekonomi.
3. Membuka peluang kepada alumni yang berhasrat dan berminat menceburi bidang penyiaran untuk mencuba peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pihak KRU.

KOMUNITI (JUMLAH):
80 orang

LOKASI:
Kuala Perlis

LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
Kumpulan Syarikat KRU

TEMA:
1. Pendidikan
2. Ekonomi

SDGs:
SDG 4 & SDG 8

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
Ilmu mengenai Digital Economy serta peluang yang boleh diambil oleh alumni dan pelajar dalam mengharungi situasi pandemik ini.

IMPAK:
1. Mendedahkan alumni dan pelajar tentang kepentingan untuk kuasai bidang ilmu digital ekonomi.
2. Membuka minda pelajar dalam mempersiapkan diri untuk menjadi 'job creator' selepas graduan kelak.

JUMLAH DANA:
1. RM1,071.90 (Enterprise)
2. RM1,200.00
Jumlah : RM2,271.90

AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
1.SUK RM300
2.Farmasi Delima RM100
3. Yang Berhormat RM200
Jumlah: RM600

 

 

a2 a3 a4
     
     

 

 

 

MoHE Virtual Home Exercise (Online)

Pusat Sukan dan Rekreasi UniMAP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menjayakan program MoHE Virtual Home Exercise yang dilakukan secara atas talian (Online). Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti untuk terus aktif bersenam di musim PKP. Sejumlah 1100 orang peserta telah menyertai program yang dilangsungkan pada 29 Jun 2021 yang lalu.

FAKULTI / PTj:
Pusat Sukan dan Rekreasi

NAMA PROGRAM:
MoHE Virtual Home Exercise (Online)

TARIKH:
29 Jun 2021

PERNYATAAN MASALAH:
Memberi peluang terus aktif bersenam di musim PKP

OBJEKTIF:
1) Mengamalkan gaya hidup sihat dalam masa sama meredakan tekanan dan stress bekerja dari rumah (BDR).

KOMUNITI (JUMLAH):
1100 orang

LOKASI:
Secara dalam talian

LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
Kementerian Pengajian Tinggi

TEMA:
1. Pendidikan
2. Kesihatan

SDGs:
SDG 3 & SDG 4

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
Aktiviti senaman dan ilmu pergerakan dalam melakukan aktiviti fizikal semasa berada di rumah.

IMPAK:
Dapat membudayakan amalan gaya hidup sihat disamping menghilangkan tekanan dan stress.

JUMLAH DANA:
Tiada

AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
Tiada

 

 

a2 a3 a4
     
     

 

 

 

Bengkel Terapi Sensori

FAKULTI / PTj:
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra

NAMA PROGRAM:
Bengkel Terapi Sensori

TARIKH:
21 Jun 2021

PERNYATAAN MASALAH:
Anak berkeperluan khas mengalami kekangan penguasaan sensori deria. Justeru itu mereka amat memerlukan sokongan terapi sensori bagi mengasah kemahiran deria yang sangat diperlukan dalam proses pembelajaran dan kehidupan.

OBJEKTIF:
1. Memberi peluang kepada kumpulan sasaran iaitu ibu bapa dan penjaga untuk memahami teknik terapi sensori anak berkeperluan khas
2. Membolehkan ibu bapa melaksanakan aktiviti terapi sensori di rumah 3. Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam proses terapi sensori kepada anak-anak berkeperluan khas.

KOMUNITI (JUMLAH):
Ibu bapa anak anak berkeperluan khas dalam kalangan B40

LOKASI:
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra

LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
1. Jabatan Pendidikan Negeri
2. Juruterapi SFM

TEMA:
Pendidikan

SDGs:
SDG 4

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
Peningkatan kemahiran terapi sensori dalam kalangan ibu bapa dan penjaga.

IMPAK:
1. Meluaskan pelaksanaan terapi sensori deria anak berkeperluan khas
2. Meningkatkan kesejahteraan hidup anak-anak berkeperluan khas

JUMLAH DANA:
RM100,000.00

AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia

 

 

a2 a3 a4
     
     

 

 

 

Program Kenali Penyakit Anda

Permasalahan komuniti terutama golongan warga emas mengalami kesukaran untuk mendapatkan makluman berkaitan permasalahan kesihatan termasuk penyakit-penyakit kronik juga pandemik COVID-19. Atas keprihatinan ini, Pusat Kesihatan UniMAP dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis - Banner Kesihatan telah menganjurkan program Kenali Penyakit Anda. Ia bertujuan memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran, selain membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain. Semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi juga ingin dipupuk. Akhirnya, amalan gaya hidup yang sihat dan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan merupakan antara objektif program ini dilaksanakan. Ia telah dilaksanakan di Masjid Muhammad di Sungai Adam, Jejawi, Perlis.

FAKULTI / PTj:
Pusat Kesihatan UniMAP

NAMA PROGRAM:
Program Kenali Penyakit Anda

TARIKH:
10 April 2021

PERNYATAAN MASALAH:
Permasalahan komuniti terutama golongan warga emas mengalami kesukaran untuk mendapatkan makluman berkaitan permasalahan kesihatan termasuk penyakit-penyakit kronik juga pandemik COVID-19.

OBJEKTIF:
1. Memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran.
2. Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain.
3. Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.
4. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

KOMUNITI (JUMLAH):
92 orang

LOKASI:
Masjid Muhammad di Sungai Adam, Jejawi, Perlis

LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis - Banner Kesihatan

TEMA:
1. Pendidikan
2. Kesihatan

SDGs:
SDG 3 & SDG 4

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
1. Mendedahkan cara pemakanan seimbang.
2. Mendedahkan cara untuk mengetahui tekanan darah dan paras gula.

IMPAK:
Seramai 14 orang komuniti dirujuk dan diberikan taklimat berkenaan permasalahan kesihatan dan akan dilakukan pantau lanjut status kesihatan pada fasa kedua program.

JUMLAH DANA:
1. RM1,071.90 (Enterprise)
2. RM1,200.00 (Sebut Harga)
Jumlah : RM2,271.90

AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
1.SUK RM300
2.Farmasi Delima RM100
3.Yang Berhormat RM200
Jumlah : RM600

 

a2 a3 a4
e5 e6 e7
     

 

 

 

Program Terapi Sensori di Ronald McDonald House Charities Sensory Room

FAKULTI / PTj:
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra

NAMA PROGRAM:
Program Terapi Sensori di Ronald McDonald House Charities Sensory Room

TARIKH:
21 Jun 2021

PERNYATAAN MASALAH:
1.Penawaran perkhidmatan terapi sensori yang agak terhad di Wilayah Utara secara umumnya dan di Negeri Perlis khasnya.
2. Masalah kelemahan sensori dalam kalangan anak-anak berkeperluan khas menjadi kritikal sekiranya tidak ditangani dengan berkesan.
3. Kos penawaran terapi deria ditetapkan pada kadar yang tinggi Ibu bapa tidak mampu membiayai kos terapi secara berterusan dan efisien.

OBJEKTIF:
1. Menawarkan perkhidmatan terapi sensori kepada anak - anak dari golongan B40 berkeperluan khas.
2. Menawarkan perkhidmatan sensori yang efisien menerusi peralatan pemulihan yang terdapat di bilik Snoezelen.

KOMUNITI (JUMLAH):
Anak anak berkeperluan khas dari golongan B40

LOKASI:
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra

LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia

TEMA:
1. Pendidikan
2. Sosial

SDGs:
SDG 3 & SDG 4

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
Meningkatkan perkembangan kemahiran deria anak-anak berkeperluan khas golongan B40.

IMPAK:
1. Penawaran perkhidmatan terapi deria untuk anak berkeperluan khas di Perlis.
2. Menyediakan kemudahan yang mampu digunakan oleh anak-anak berkeperluan khas golongan B40.

JUMLAH DANA:
RM100,000.00

AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia

 

a2 a3 a4
     
     

 

 

 

Subcategories