Projek Tanaman Cendawan Menggunakan Sistem Kelembapan Optimum
Projek tanaman cendawan menggunakan sistem kelembapan optimum merupakan projek komuniti di bawah Program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) 2020 Negeri Perlis yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) dan Third Rolling Plan (RP3) bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat. Projek ini dianjurkan oleh Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti (CEICnet) UniMAP dengan kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
FAKULTI / PTj:
Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti, CEICnet
NAMA PROGRAM:
Projek Tanaman Cendawan Menggunakan Sistem Kelembapan Optimum
TARIKH:
22 Februari 2021 - 21 Februari 2026
PERNYATAAN MASALAH:
Dasar Makanan Negara 2011-2020, yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, menunjukkan bahawa prospek dan masa depan cendawan sangat tinggi disebabkan permintaan ke atas cendawan segar dan diproses semakin meningkat dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Permintaan cendawan di kalangan rakyat Malaysia amat menggalakkan dengan data menunjukkan bahawa permintaan per kapita cendawan adalah 2.4 kilograms pada tahun 2020. Selain itu, unjuran pengeluaran cendawan di Malaysia dari tahun 2010 sehingga 2020 terus meningkat dan anggaran unjuran pada tahun 2020 sebanyak 67,000 tan metrik cendawan dengan nilai eksport dianggarkan meningkat kepada RM300 juta. Walaubagaimanapun, sektor cendawan mengalami masalah pengeluaran hasil yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan pemintaan pasaran yang semakin meningkat terutama di kawasan Utara Semenanjung Malaysia.
OBJEKTIF:
Projek tanaman cendawan menggunakan sistem kelembapan optimum merupakan projek komuniti di bawah Program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) 2020 Negeri Perlis yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) dan Third Rolling Plan (RP3) bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat berpaksikan objektif utama iaitu:
1. Peningkatan pendapatan dan kuasa membeli golongan B40
2. Mencipta peluang pekerjaan
3. Menggalakkan aktiviti keusahawanan
4. Meningkatkan produktiviti
KOMUNITI (JUMLAH):
4 Bumiputera di Negeri Perlis
LOKASI:
1. Kampung Wang Besar, Bintong, Kangar
2. Kampung Syed Omar, Bintong
3. Kampung Chuping Titi Besi, Mata Ayer
4. Kampung Kok Klang, Chuping
5. Kampung Padang Siding, Arau
LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
Agensi Kerajaan:
1. Jabatan Pertanian Negeri Perlis
2. Fama Negeri Perlis
Industri:
1. Lesong Mart Sdn Bhd
2. Oblong Burger Seleraku Trading Sdn Bhd"
TEMA:
Ekonomi
SDGs:
SDG 1
KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
Lima (5) bahagian utama KTP akan dilaksanakan dalam projek ini seperti:
1. Penanaman Cendawan
2. Pengurusan Kewangan
3. Pemasaran Digital
4. Pembungkusan & Pelabelan
5. Pembangunan Insan
IMPAK:
1. Mewujudkan Peluang Pekerjaan
2. Peningkatan Pendapatan dan Tahap Sosio-Ekonomi
3. Meningkatkan Kesejahteraan Komuniti
4. Jaminan Pengekalan Alam Sekitar
5. Kelangsungan Kelestarian Industri
6. Jaminan Pengeluaran Pertanian Berprestasi Tinggi
7. Kepelbagaian Sumber Makanan
JUMLAH DANA:
RM1,746,140.00
AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
Pesona Tuba
Pulau Tuba di Pulau Langkawi adalah sebuah pulau terpencil yang kaya dengan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna serta destinasi eko pelancongan yang terletak 5 km barat daya dari Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Pulau Tuba berpotensi menjadi destinasi pelancongan setaraf dengan Pulau Langkawi. Namun, promosi berkaitan Pulau Tuba kurang mendapat perhatian pelancong. Kurangnya pengetahuan dan kemahiran komuniti untuk mempromosikan Pulau Tuba sebagai destinasi pelancongan. Tiada platform untuk mempromosikan Pulau Tuba. Justeru, Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti, CEICnet telah menganjurkan program Pesona Tuba dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Kedah.
FAKULTI / PTj:
Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti, CEICnet
NAMA PROGRAM:
Pesona Tuba
TARIKH:
Mac 2020 - Nov 2021
PERNYATAAN MASALAH:
Pulau Tuba di Pulau Langkawi adalah sebuah pulau terpencil yang kaya dengan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna serta destinasi eko pelancongan yang terletak 5 km barat daya dari Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Pulau Tuba berpotensi menjadi destinasi pelancongan setaraf dengan Pulau Langkawi. Namun, promosi berkaitan Pulau Tuba kurang mendapat perhatian pelancong. Kurangnya pengetahuan dan kemahiran komuniti untuk mempromosikan Pulau Tuba sebagai destinasi pelancongan. Tiada platform untuk mempromosikan Pulau Tuba.
OBJEKTIF:
1. Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa asing menerusi penggunaan teknologi yang membolehkan proses komunikasi di antara komuniti dengan pelancong dengan lebih efektif.
2. Memberi pendedahan dan kemahiran dalam penggunaan teknik pemasaran digital termasuk teknik fotografi dan teknik penghasilan video secara digital menerusi medium media sosial.
KOMUNITI (JUMLAH):
Persatuan Pelancongan Pulau Tuba
LOKASI:
Pulau Tuba, Langkawi
LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Kedah
TEMA:
Ekonomi
SDGs:
SDG 1
KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
1. Projek Keusahawanan Digital
- Memberi pendedahan iaitu pengetahuan dan kemahiran penggunaan Teknik pemasaran digital melalui platform media sosial.
2. Projek Digital Language E-Manual
- Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris menerusi penggunaan Tuba Smart Application bagi membolehkan proses komunikasi di antara komuniti, pemandu pelancong dengan pelancong menjadi lebih efektif.
IMPAK:
1. Peningkatan 20% - 30% pendapatan sampingan isi rumah.
2. Mewujudkan peluang pekerjaan baru - pemandu pelancong
JUMLAH DANA:
RM37,500.00
AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
Geran U4S, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Penilaian dan intervensi ergonomik untuk pelbagai tugas mengangkat dan bergerak
FAKULTI / PTj:
RK 84 (Rekabentuk Produk), FTKM
NAMA PROGRAM:
Penilaian dan intervensi ergonomik untuk pelbagai tugas mengangkat dan bergerak
TARIKH:
1 Julai 2020- 1 April 2021
PERNYATAAN MASALAH:
Penilaian risiko ergonomik diperlukan untuk mengenal pasti jenis-jenis risiko dan faktor-faktor berlakunya cara kerja yang tidak selamat di tempat kerja di mana akan menyumbang kepada masalah muskuloskeletal (MSD) di kalangan pekerja
OBJEKTIF:
1. Menjalankan penilaian ergonomik di kalangan pekerja Jabatan Pembangunan.
2. Menganalisis risiko ergonomik di kalangan pekerja.
3. Menilai dan mencadangkan penyelesaian terhadap risiko ergonomik.
KOMUNITI (JUMLAH):
Pekerja Jabatan Pembangunan, UniMAP
LOKASI:
1. Unit Penerbit UniMAP Kangar, Perlis
2. Dewan Peperiksaan, UniMAP, Arau, Perlis
LIBATSAMA AGENSI/INDUSTRI:
Hal Ehwal Pelajar, UniMAP
TEMA:
Kesihatan
SDGs:
SDG 3
KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME - KTP:
1. Pendedahan kepada staf berkenaan risiko ergonomik di tempat kerja.
2. Pengetahuan menilai risiko ergonomik di tempat kerja.
IMPAK:
1. Mengurangkan atau menghapuskan risiko ergonomik di tempat kerja.
2. Meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup pekerja Jabatan Pembangunan.
3. Mengurangkan risiko pekerja terdedah dengan bahaya dan pengambilan cuti sakit kerana beban kerja.
JUMLAH DANA:
RM150.00
AGENSI/INDUSTRI PEMBERI DANA:
Tiada